SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN HI-TECH
VISI - SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN HI-TECH AKAN MENJADI SEKOLAH CEMERLANG DALAM DAERAH KULIM BANDAR BARU MENJELANG 2015 MISI - MEMIMPIN , MENGURUS, MENTADBIR DENGAN CEKAP DAN BERKESAN MENGHASILKAN PELAJAR YANG CEMERLANG DALAM KURIKULUM 2015

PERUTUSAN







Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera . 



Buletin Minda Hi-Tech edisi 1/2015 yang diterbitkan   ini dilihat sebagai satu medium terbaik sebagai  penghubung dalam menyampaikan maklumat-maklumat terkini tentang sekolah kepada warga SMKTHT. Masih belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Tahun Baru, Selamat Kembali Ke Sekolah kepada pelajar-pelajar lama dan para guru serta tidak lupa kepada pelajar Tingkatan Satu dan pelajar baru, Selamat Datang ke SMKTHT.

Tahun 2015 ini akan kita lalui dengan pelbagai cabaran dan perubahan khususnya dalam sistem pendidikan alaf 21  yang memerlukan kita bertindak dengan pantas mengikut perkembangan semasa  dari segi  aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan di dalam dan di luar bilik darjah. Sehubungan dengan itu, semua pelajar perlu peka dengan info-info terkini, isu-isu semasa dan penjelasan serta arahan daripada pihak sekolah dan guru sepanjang masa. 

Saya menyeru kepada semua pelajar dan guru, sentiasalah berusaha untuk menghasilkan yang terbaik dalam semua bidang iaitu kurikulum, sahsiah dan bidang kokurikulum yang meliputi aspek sukan dan permainan, kelab dan persatuan dan unit beruniform. Berfikir, bercakap dan bertindaklah secara positif dalam setiap tindak tanduk kita kerana niat dan perbuatan yang baik selalunya akan mendapat pulangan yang baik. Pelajar yang akhlaknya baik dengan mudah akan cemerlang dalam bidang akademik, oleh itu berilah  tumpuan kepada kedua-dua aspek ini.

Saya berkeyakinan penuh pelajar-pelajar sekolah ini akan sentiasa berusaha dengan gigih  dengan  bantuan dan bimbingan para guru seterusnya  mampu menjulang dan mengharumkan nama sekolah sebagai salah sebuah sekolah yang terbaik dalam daerah Kulim Bandar Baharu, In shaa Allah.

Kita renung dan fikirkan bersama..

Butterflies don’t know the color of their wings, but human eyes know how beautiful it is. Likewise, you don’t know how good you are, but others can see that you are special.

Jika STRATEGI kita untuk mencapai IMPIAN kita gagal, TUKAR STRATEGI bukan TUKAR IMPIAN.

Akhirul kalam,, saya ucapkan selamat maju jaya dan terima kasih.

No comments:

Post a Comment