Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera .
Buletin Minda Hi-Tech edisi 1/2015 yang
diterbitkan ini dilihat sebagai satu medium terbaik
sebagai penghubung dalam menyampaikan
maklumat-maklumat terkini tentang sekolah kepada warga SMKTHT. Masih belum terlambat
untuk saya mengucapkan Selamat Tahun Baru, Selamat Kembali Ke Sekolah kepada
pelajar-pelajar lama dan para guru serta tidak lupa kepada pelajar Tingkatan
Satu dan pelajar baru, Selamat Datang ke SMKTHT.
Tahun 2015 ini akan kita lalui dengan pelbagai
cabaran dan perubahan khususnya dalam sistem pendidikan alaf 21 yang memerlukan kita bertindak dengan pantas
mengikut perkembangan semasa dari segi aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan di
dalam dan di luar bilik darjah. Sehubungan dengan itu, semua pelajar perlu peka
dengan info-info terkini, isu-isu semasa dan penjelasan serta arahan daripada
pihak sekolah dan guru sepanjang masa.
Saya menyeru kepada semua pelajar dan guru,
sentiasalah berusaha untuk menghasilkan yang terbaik dalam semua bidang iaitu
kurikulum, sahsiah dan bidang kokurikulum yang meliputi aspek sukan dan permainan,
kelab dan persatuan dan unit beruniform. Berfikir, bercakap dan bertindaklah
secara positif dalam setiap tindak tanduk kita kerana niat dan perbuatan yang
baik selalunya akan mendapat pulangan yang baik. Pelajar yang akhlaknya baik
dengan mudah akan cemerlang dalam bidang akademik, oleh itu berilah tumpuan kepada kedua-dua aspek ini.
Saya berkeyakinan penuh pelajar-pelajar
sekolah ini akan sentiasa berusaha dengan gigih dengan
bantuan dan bimbingan para guru seterusnya mampu menjulang dan mengharumkan nama sekolah
sebagai salah sebuah sekolah yang terbaik dalam daerah Kulim Bandar Baharu,
In shaa Allah.
Kita renung dan fikirkan bersama..
Butterflies don’t know the color of their
wings, but human eyes know how beautiful it is. Likewise, you don’t know how
good you are, but others can see that you are special.
Jika STRATEGI kita untuk mencapai IMPIAN
kita gagal, TUKAR STRATEGI bukan TUKAR IMPIAN.
Akhirul kalam,, saya ucapkan selamat maju
jaya dan terima kasih.
No comments:
Post a Comment