SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN HI-TECH
VISI - SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN HI-TECH AKAN MENJADI SEKOLAH CEMERLANG DALAM DAERAH KULIM BANDAR BARU MENJELANG 2015 MISI - MEMIMPIN , MENGURUS, MENTADBIR DENGAN CEKAP DAN BERKESAN MENGHASILKAN PELAJAR YANG CEMERLANG DALAM KURIKULUM 2015

Wednesday 2 September 2015

AMBANG KEMERDEKAAN SMK TAMAN HI-TECH


 Sambutan Ambang Kemerdekaan Sekolah Kebangsaan Taman Hi-Tech telah diadakan pada hari Ahad 30/8/2015. Program ini dimulakan dengan aluan pengacara majlis diikuti dengan bacaan doa dan nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Kedah dan lagu Sekolah serta ikrar pelajar. 

        Program ini diteruskan dengan Bacaan Perutusan Perdana Menteri Malaysia yang disampaikan oleh Encik Ahmad Nazaruddin dan Bacaan Perutusan KPPM oleh Encik Wan Mustaffa. Pada tahun ini gimik amat menarik yang disertai oleh pelajar dan juga guru seperti larian jalur gemilang dan persembahan silat dan diiringi sajak yang disampaikan oleh Encik Abdul Nasir serta pelajar.Program diakhiri dengan nyanyian lagu sehati sejiwa, Tanggal 31 Ogos dan Jalur Gemilang.







No comments:

Post a Comment